29 January 2014

🌸Kerana Dirimu Begitu Berharga🌸

Bismillah.

Assalamualaikum. 

"...Jadilah Muslim Yang Berkualiti
Seperkara lagi yang ingin saya sentuh, tentang fesyen bertudung yang semakin berkembang di kalangan masyarakat kita. Saya berlapang dada. Islam bukan anti fesyen. Islam anti dedah aurat dalam berfesyen. Itu kata-kata yang saya ingat selepas menghadiri forum Ustazah Fatimah Syarha. Islam tidak melarang umatnya untuk kelihatan cantik, tetapi haruslah dalam batas syariat. Apapun jenis dan fesyen tudung yang kita pakai, itu pilihan kita dan dibenarkan selagi ia tidak melanggar batas yang telah digariskan. Tidak semestinya berhijab itu dengan mengenakan tudung labuh semata-mata. Asalkan tudung yang dipakai itu menutup dada, tidak nipis, tidak bersanggul tinggi-tinggi dan dipakai bersama dengan baju yang longgar, maka itu sudah mencukupi dalam konteks menutup aurat dengan sempurna. Janganlah imej bertudung itu dirosakkan dengan fesyen yang melampaui batas. Jadilah muslim yang membawa imej Islam yang sebenarnya. Ikutlah neraca dan piawaian Allah, nescaya hati akan tenang dan lapang. Jangan jadi mangsa fesyen sehingga kita sanggup menggadaikan maruah dan imej Islam.

Kesimpulan.
Setiap kita mungkin mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza dalam mendepani muslimah-muslimah yang masih tidak bertudung. Ada yang tegas dan ada juga yang berlembut. Walauapapun cara kita, matlamat kita tetap sama iaitu untuk menarik lebih ramai tangan-tangan saudara seakidah kita untuk sama-sama melangkah ke syurga Allah. Syurga Allah itu sangatlah luas. Jangan pernah bermimpi untuk masuk ke Jannah seorang diri. Masuklah bersama dengan orang-orang yang kita sayang agar kebahagiaan dan kenikmatan itu dapat kita rasai bersama. Syurga bukan milik kita, ia milik hamba-hamba Allah yang bertakwa. Ayuh masuk syurga...."

0 comments:

Post a Comment

 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design