17 April 2016

🌸Kasih Kekasih🌸

"Betapa agung pun kasih sesama manusia, dia yang kita kasihi itu cuma akan menemani sehingga kita maut. Sesudah kita dikebumikan, dia yang dikasihi itu akan berlalu dan tinggal kita sendiri.
Maka jadikanlah cinta terhadap ibadah melebihi cinta kepada kekasih, kerana sesudah dikebumikan maka ibadah kita itu akan menemani kita di dalam kubur :)"
smile emoticon

🌸Don't Care~~ 😏😏🌸


Yes...yes...yes...memang betul.. Bila kita pekakkan telinga dan buat tak tahu apa orang dok kata pasal kita, kita rasa seolah-olah tak ada apa yang berlaku.. Memang lumrahlah tu kena cakap-cakap dari belakang.. Sakit memang sakit bila dapat tahu.. Tipulah kalau tak rasa sakit hati kan? Tapi, siapa kita nak halang dan nak tutup mulut2 tempayan tu.. Buang masa.. So ambil keputusan untuk TIDAK AMBIL PEDULI satu pun apa yang si polan dan si polan tu dok kata pasal diri ni.. Mula2 memang susah mau buat, tapi lama kelamaan dah terbiasa.. even ada rasa sikittttt saaaakittt haatttii tuu, kena belajar juga untuk tidak ambil tahu dan buat deerrrkk ja.. Bagi saya, tiada keuntungan pun yang kita dapat kalau asyik ambil peduli apa orang kata kan?? alaaa lama2 senyap la tuu...dorang pun bukan selama-lamanya nak mengata (eh yeaaakeee).. Apa2 pun yang penting tu ja, jangan sesekali peduli apa orang mau cakap, sebab manusia tak kan pernah puas hati kat kita sebab kita sendiri pun ada juga rasa tak puas hati dengan orang lain kan?? haaa... jadi dah tau macam tu  JUST IGNORE IT :)

🌸Wanita Syurga Bidadari Dunia🌸


Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana syurga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menenteramkan jiwa

 Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
bersinar indah dalam kesucian jiwa

🌸My Second Buddy Miracle Bio Water Cleansing Gel (Soap Free)🌸

Tadi sudah bercerita pasal buddy saya yang pertama, sekarang saya mau share pula pasal buddy saya yang kedua ni..


Taaadaaa.. ni dia Miracle Bio Water Cleansing Gel (Soap Free) adik beradik dengan Miracle Bio Water tu.. Sebelum ni pakai Miracle Bio Water juga tapi, yang dulu tu foamy cleanser.. pencuci muka tu tak banyak buih, lepas dah habis, tiba-tiba ada rasa khianat nak curang pada pencuci muka yang lama, alih-alih beli yang ini harga RM29.90 kira harga mampu milik laa.. First time guna rasa lembut dan lembap, kulit nda mengelupas dan memang rasa bersih, daaaann.. segar ja rasa, muka pun kurang berminyak sudah sekarang dan jerawat pun malu-malu sudah mau muncul..tapi kalau tension, dan hampir ke arah 'itu' memang dia akan muncul tapi tak seteruk dulu laa.. masuk bulan ni sudah masuk 4 bulan bercinta dengan Miracle Bio Water Cleansing Gel (Soap Free).. Alhamdulillah so far so good dan ada perubahan, berbanding pencuci2 muka sebelum2 ni ..lagii saatuuu pencuci muka ni lambat habis sebab guna sikit pun sudah memadai.... Semoga terus istiqamah guna ni aa Musernah :P

🌸My Buddyz Bio-Essence Miracle Bio Water 🌸



Benda ni ringan, senang dibawa kemana2 dan boleh dipakai bila perlu. Tidak menjerumus kepada muka sahaja kerana kelebihan Bio-essence Miracle Spring Water adalah untuk seluruh tubuh badan. Hampir 6 bulan pakai Bio-essence Miracle Spring Water  (bilangan botol yang telah digunakan xpayah cakaplaa berapa :P) .. Alhamdulillah so far so good pakai benda ni, Kulit muka rasa segar sentiasa dan kulit muka saya pun kurang berminyak. Jenis kulit muka saya ni jenis yang berminyak, bila minyak berlebihan memang senanglah puan jerawat tu mau timbul..sebelum ni saya kerap cuci muka sebab nak muka bebas mnyak kononnya... Actually kawan pun pernah pakai benda ni dorang kata bagus, tapi harga pun boleh tahan juga laa... Bulan 10 tahun lepas saya mula guna Bio-essence Miracle Spring Water ni, beli yang 2 botol terus harga dalam RM40.++ laa..Kalau harga 1 botol ni dalam RM20 ++..  Bio-essence Miracle Spring Water didatangkan dengan 2 saiz botol yang berbeza, iaitu yang 100ml dan 300ml.. makin besar botol makin mahallah harga dia.. tapi saya selalu pakai yang 100ml ja tu.. Saya lebih suka beli yang dalam dia terus ada 2 botol atau 3 botol sebab berbaloi sikit.. kalau yang 3 botol tu dalam RM47.++ ja.. lagi lama nak habis :)


1 botol ni tahan hampir 1 bulan lebih saya guna.. Ikutlah kadar penggunaan masing-masing macam mana..  Saya selalu guna lepas cuci muka dan pakai pelembab atau krim, spray ja.. rasa segar.. tiap pagi dan malam.. Masa berjalan-jalan saya bawa juga, kalau rasa muka tu berminyak, spray ja pakai Bio-essence Miracle Spring Water  ni.. Untuk kulit yang kering terutamanya di bahagian buku lali dan siku boleh juga guna Bio-essence Miracle Spring Water. Alhamdulillah memang berkesan, sebab buku lali saya kering, jadi tak cantik nampak, tiap-tiap hari saya guna Bio-essence Miracle Spring Water spray di bahagian buku lali tu. Sekarang dah tak kering, tapi saya tetap juga spray bagi mengekalkan kelembapan kulit aisehhh macam ayat iklan pula :P.. pori pun nda kelihatan, tu yang best tu.. hahaha.. daaan lagi satu pada kamu-kamu yang memang pakai make-up bila keluar saya suggest guna benda ni lepas kamu make-up sebab Bio-essence Miracle Spring Water ni boleh mengekalkan kecantikan make-up kamu.. 

🌸 Ais Batu Dan Kecantikan🌸


Siapa yang tidak ingin dipuji cantik berseri? Semua wanita pasti ingin mendapatkan pujian yang sama untuk kulit wajahnya.
Jadi cantik itu tidak semestinya perlu mahal atau menyakitkan, kita boleh menjaga kulit cantik hanya dengan ais batu. Mudah seja baah.. Sebabnya, ais batu merupakan benda wajib yang memang ada di setiap rumah, tipulah kalau ada yang kata tiada ais batu di rumah... Sambil-sambil online, tengok tv, ambil ja dua ketul ais dan sapu pada muka.. Selalunya saya buat sampai ais cair lebih kurang 10 minit la begitu.. Antara khasiat atau manfaat ais batu ini adalah: (sumber dari google)
1. Menyegarkan Kulit
brunettes_women_models__faces
Ais batu yang sejuk dan diurut pada wajah akan melancarkan peredaran darah di sekitar kulit wajah. Rawatan ini akan segera mencerahkan kulit yang kusam. Jika anda tidak mempunyai masa untuk memakai pelbagai barangan kosmetik, anda boleh menggunakan ais batu untuk memudahkan aplikasi mekap.
2. Rawatan Kulit Berjerawat
pimple-food
Letakkan ais pada jerawat anda untuk untuk mengurangkan keradangan. Lakukan rutin ini setiap hari untuk mendapatkan kulit cantik semulajadi dan untuk mempercepatkan penyembuhan jerawat.
3. Mengecilkan Liang (mengecilkan pori)
large-pores-diva-body-and-skin
Sebenarnya liang-liang tidak boleh mengecil, namun jika anda menggunakan ais batu secara rutin, rawatan ini akan membersihkan liang-liang yang terbuka dan membantu menutup pori-pori agar tidak jadi tempat kepada debu dan bakteria.
4. Mengurangkan Bengkak Di mata
under-eye-bags-2
Mata yang bengkak kerana kurang tidur atau kebanyakan nangis? Ambil ais batu dan tekan pada mata anda perlahan-lahan. Jika terlalu sejuk, anda boleh membungkus ais batu dengan kain tipis dan menuam mata beberapa saat.

16 April 2016

🌸Bersangka Baik..🌸

Dengan cara yang tidak bisa kita mengerti, Tuhan selalu memberikan yang terbaik daripada sekadar baik. Tuhan bekerja dengan cara-Nya sendiri. seperti pelangi yang muncul setelah hujan, sesuatu yang indah dan membahagiakan itu pun kadangkala menunggu untuk muncul setelah mata membasah.
Kalau semua kesedihan boleh dilupakan, siapalah yang benar-benar akan menghargai sebuah kegembiraan?
Lagipun telah disebut dalam al-Quran, sesudah kesusahan akan datang kesenangan. yakin dan percaya. Sabar dan terus mendekat pada-Nya.
 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design