19 April 2016

🌸PKK 08/09🌸



Gambar kelas masa sekolah di SMT Keningau batch 2008/2009. Masa ni ambil kursus Perkhidmatan & Perkembangan Awal Kanak2. Dulu nama kursus ni Asuhan Kanak2.. Kursus ni ada 2 modul kira mcm m/p elektif laa.. Modul yang pertama Perkhidmatan Awal Kanak2 dalam modul ni mengandungi jenis2 perkhidmatan awal kanak2, tujuan ibu bapa menghantar anak2 ke pusat pnjagaan, cara memohon utk membuka TASKA, TADIKA DAN TABIKA.. pas tu diterangkan apa maksud tiap jenis perkhidmatan awal kanak2 termasuk akta2 dia sekali.. Dulu memang kena hafal sebab masuk exam.. 

Modul ni ada susah sikit sebab utk tugasan kami diminta utk mengisi borang permohonan utk m'buka sebuah pusat jagaan kanak2, kena sediakan mcm 1 proposal. Dalam tu kena sertakan pelan lantai, jadual menu, kos upah pekerja.. Mula2 buat memang pening 😵😵. Tapi disebabkan mau kompeten kena teruskan juga 💪💪

Modul yang kedua Perkembangan Kanak2.. Modul ni memang fav saya.. Modul ini mengandungi 10 tajuk (ceehh masih ingat) sebab apa saya suka? Sebab modul ni dia terangkan perkembangan kanak2 dari sebelum,semasa dan selepas dalam kandungan. Modul 1 tu berkaitan dengan keluarga dan masuk ke modul 2 proses persenyawaan dan perkembangan janin dalam kandungan dari minggu 1 ➡ 39. Memang best belajar, tiap fasa tu diterangkan apa yg berlaku pada janin di dalam kandungan tu....daaaan kami diminta untuk hafal semua tu. 

Selepas tu, cara bersalin pn kami belajar juga dalam modul ni,siap kena tengok video orang bersalin dari yang normal, dan pembedahan termasuk yang songsang sekali. Perkembangan kanak2 dari segi emosi, rohani, estetika dan daya kreatif, fizikal pun kami belajar untuk semua perkembangan ni kena buat amali dengan budak tadika di bengkel kami.. Bengkel kami tu bersambung sekali dengan tadika dan taska, cikgu2 d sekolah tu akan hantar la anak2 drg p tadika/taska. 

Modul yang last tu kami belajar tentang kanak2 berkeperluan khas. Untuk modul ni kami adakan lawatan di Program Pendidikan Khas Integrasi SK Pasir Putih Keningau selama setengah hari. Masa tu kami bawa bahan dan peralatan dari bengkel dan buat aktiviti bersama murid2 pendidikan khas di sana. Mula2 takut juga sebab first time, tapi alhamdulillah seronok dan semua aktiviti yang kami buat, berjalan dengan lancar. 🎉🎊🎆🎇

Selama 2 tahun berada d SMT Keningau, banyak pengalaman yang saya dapat, lebih2 lagi masa tu first time masuk ostel doii memang mau sebulan baru hilang sikit rasa homesick tu 😂😂  daaaaann moment yang paling saya xboleh lupa dan masih ingat sampai sekarang, masa sekolah di teknik dulu cikgu bahasa Melayu saya tu.. Mr.Zairol Hairi Ibrahim.....




        


0 comments:

Post a Comment

 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design