17 April 2016

🌸My Buddyz Bio-Essence Miracle Bio Water 🌸



Benda ni ringan, senang dibawa kemana2 dan boleh dipakai bila perlu. Tidak menjerumus kepada muka sahaja kerana kelebihan Bio-essence Miracle Spring Water adalah untuk seluruh tubuh badan. Hampir 6 bulan pakai Bio-essence Miracle Spring Water  (bilangan botol yang telah digunakan xpayah cakaplaa berapa :P) .. Alhamdulillah so far so good pakai benda ni, Kulit muka rasa segar sentiasa dan kulit muka saya pun kurang berminyak. Jenis kulit muka saya ni jenis yang berminyak, bila minyak berlebihan memang senanglah puan jerawat tu mau timbul..sebelum ni saya kerap cuci muka sebab nak muka bebas mnyak kononnya... Actually kawan pun pernah pakai benda ni dorang kata bagus, tapi harga pun boleh tahan juga laa... Bulan 10 tahun lepas saya mula guna Bio-essence Miracle Spring Water ni, beli yang 2 botol terus harga dalam RM40.++ laa..Kalau harga 1 botol ni dalam RM20 ++..  Bio-essence Miracle Spring Water didatangkan dengan 2 saiz botol yang berbeza, iaitu yang 100ml dan 300ml.. makin besar botol makin mahallah harga dia.. tapi saya selalu pakai yang 100ml ja tu.. Saya lebih suka beli yang dalam dia terus ada 2 botol atau 3 botol sebab berbaloi sikit.. kalau yang 3 botol tu dalam RM47.++ ja.. lagi lama nak habis :)


1 botol ni tahan hampir 1 bulan lebih saya guna.. Ikutlah kadar penggunaan masing-masing macam mana..  Saya selalu guna lepas cuci muka dan pakai pelembab atau krim, spray ja.. rasa segar.. tiap pagi dan malam.. Masa berjalan-jalan saya bawa juga, kalau rasa muka tu berminyak, spray ja pakai Bio-essence Miracle Spring Water  ni.. Untuk kulit yang kering terutamanya di bahagian buku lali dan siku boleh juga guna Bio-essence Miracle Spring Water. Alhamdulillah memang berkesan, sebab buku lali saya kering, jadi tak cantik nampak, tiap-tiap hari saya guna Bio-essence Miracle Spring Water spray di bahagian buku lali tu. Sekarang dah tak kering, tapi saya tetap juga spray bagi mengekalkan kelembapan kulit aisehhh macam ayat iklan pula :P.. pori pun nda kelihatan, tu yang best tu.. hahaha.. daaan lagi satu pada kamu-kamu yang memang pakai make-up bila keluar saya suggest guna benda ni lepas kamu make-up sebab Bio-essence Miracle Spring Water ni boleh mengekalkan kecantikan make-up kamu.. 

0 comments:

Post a Comment

 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design