19 April 2016

๐ŸŒธ Mr. Z ๐ŸŒธ

Mr. Z... Mr. Z.. Siapa yang tak kenal dgn Mr. Z ni.. Post sebelum ni saya ada mention nama dia.. Beliau ni seorang guru bahasa Melayu masa saya form 4&5 d teknik dulu.. Masa mula2 dia masuk dulu, masa tu hari Jumaat (sebab dia pakai baju Melayu ๐Ÿ˜œ) tu pertama kali dia masuk kelas kami. Hensem memang hensem, tapiiiii.....garang + tegas betul ๐Ÿ˜ฑ.Mula2 dia masuk terus mengajar, suruh buka buku komsas lepas tu dia kata 'x payah la nak perkenalkan diri sangat'.. Muka dah la ketat gila ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ fuh.. Asal masa dia ja memang kecut perut.. 

Sepanjang dia mengajar kami banyak pengalaman suka,duka kami sama Mr.Z ni, dia ni nampak macam lembut2 sikit, tapi mulut laser nak mampus,mmg kalah perempuan, dan dia terkenal dengan denda2 dia yang boleh buat maruah kau jatuh (eh ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™‰๐Ÿ™Š opsss maafkan sy ciguuu) tapi actually dia buat semua tu ada sebab.. Sebab apa? Sebab dia nak mendidik kami jadi manusia yang betul2 manusia.

Saya ingat lagi siapa yang tak bawa buku teks, tak siapkan kerja yang dia bagi free confirm2 kena denda. Lari di segi tiga emas, masuk longkang sambil buat kerja sampai siap, buat kerja depan kelas budak yang semua laki, naik turun bangunan sambil junjung kerusi, pakai kad manila selama 1 bulan kalau xcapai target dia, kena marah, marah dia bukan calang2 memang laser menusuk terus di kalbu sampai kau boleh nangis masa tu juga ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข.. 

Sepanjang 2 tahun dia mengajar, saya pernah kena masuk longkang gara2 xbawa buku,padahal buku tu ada ja terselit dengan buku lain, saya yang xcek betul2 sebab kalut + takut sebab masa tu Mr.Z mengamuk dan suruh mengaku siapa xsiapkan kerja yang dia bagi ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–.. Memang free2 laa i masuk longkang you.. Nasib la masa tu xda budak laki lalu lalang, kalau nda, memang kena bahan ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ.. 

Makin lama, dia mengajar kami, kami sudah lali dengan apa yang keluar dari mulut dia, dia selalu pesan supaya jaga diri elok2, (sebab kami semua perempuan dalam kelas tu) yang saya paling ingat bila dia pesan 'nak cari bakal suami cari yang boleh pimpin kamu ke jalan Allah, utamakan dulu agama dia, saya selalu berleter dengan kamu ni bukan apa, mak bapa kamu semua jauh2 siapa lagi yang nak tolong nasihatkan kamu kalau bukan saya, kamu ni perempuan jaga diri tu elok2, yang muslim tutup aurat dengan sempurna,kalau xsempurna pun sekurang2nya belajar dari sekarang, tu utk tatapan suami kamu sahaja' daaaan banyak lagi la nasihat2 dia.. 

Lagi satu Mr.Z ni memang memahami, dalam kelas memang ada ja kawan2 kami yang ada masalah sikit, tapi dia tak terus pulau, serang depan2, dia dekati kawan kami tu (guna psikologi laa) sebab nak tau apa punca dia jadi begitu.. Moment yang paling saya tak boleh lupa bila dia kumpulkan kami depan koperasi time prep malam, tak tau kenapa secara tiba2. Rupanya masa tu heboh sebab kertas percubaan paper dia bocor (pasal paper bocor tu adalaa crita dia) Time tu dia menangis sambil dia ckap dia kecewa, sebelum tu dia ada tnya kalau2 kami tau pasal soalan tu, dan adakah kami percaya, ada yang ckap tau,xtau, prcya dan xprcya.. Last2 dia kata utk percubaan ni mmg sy akan bg kamu smua markah rendah jadi jangan hairan kalau kamu layak pn dapat A1, tapi kamu dapat C5 masa ujian ni, sebab A1 kmu tu bukannya berkat sebab bkn hasil usaha kamu 100%.. Dan memang masa ujian tu paling tggi yg dapat pun B3 ja.. 

Apa yang saya respect dengan Mr. Z ni cara pengajaran  dia.. Cara pengajaran dia mmg ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ buktinya masa result SPM09 kluar 1 kelas kmi dapat semua A dari yang memang xpernah dapat A masa exam masa SPM dpat A.. Sekarang ni dia sudah pindah balik ke semenanjung setelah berbelas tahun menabur bakti di bumi Sabah. Bacth2 sebelum2 ni lagi teruk kena oleh Mr.Z ni tapi dalam ketegasan dia, kelaseran mulut dia tu, dia sebenarnya seorang guru yang sangat luar biasa, sampai saya jadikan dia idola dan nak sangat jadi cikgu bahasa Melayu mau ikut jejak langkah dia. 

Hasrat saya xkesampaian tapi jadi bakal guru pendidikan khas pun saya sudah cukup bersyukur, sampai sekarang saya masih ingat nasihat2 dia wlaupun sudah 8 tahun berlalu.. Sebelum duduk exam SPM Mr.Z suruh nyanyi lagu 'Fikirkan boleh' kira macam lagu tema dia la tu konon2nyaa ๐Ÿ™Š๐Ÿ™‰๐Ÿ™ˆ.. 




Dalam ni dah ada jadi mak orang da ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ siap ada yg anak 3 da.. Yang saya ni? Hahaa ๐Ÿ™Š๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™‰

0 comments:

Post a Comment

 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design