16 April 2016

🌸Fall In Love With This Brand 🌸



Serius bila guna ni memang mengena betul dihati.. Tadi lepas latihan memandu, singgah kejap di watson sebab nak beli shampoo dengan pelembap muka. Nak pilih shampoo yang memang kena dengan kulit kepala payah sikit.. hampir 15 minit saya tercegat kat bahagian shampoo tu, sehinggalah salah satu pekerja di watson tu tanya saya sedang cari shampoo apa, so saya cakaplah nak cari utk anti dandruff dan rambut gugur, dia terus suggest guna brand ni.. So sebagai permulaan saya beli botol yang kecil dulu 300ml harga pn murah Rm10,80 sahaja daaaan packaging dia pun memang warna kegemaran, comel ja,, Sampai ja rumah memang terus guna, wangi memang wangi, rasa macam di spa ja.. Tengok dan baca komen-komen testimoni pun ramai yang kata shampoo ni bagus, so okeyla tak la rasa menyesal beli.. Nak tengok apa perubahan dia untuk sebulan ni macam mana.. Stay Tuned !

0 comments:

Post a Comment

 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design