17 April 2016

🌸 Ais Batu Dan Kecantikan🌸


Siapa yang tidak ingin dipuji cantik berseri? Semua wanita pasti ingin mendapatkan pujian yang sama untuk kulit wajahnya.
Jadi cantik itu tidak semestinya perlu mahal atau menyakitkan, kita boleh menjaga kulit cantik hanya dengan ais batu. Mudah seja baah.. Sebabnya, ais batu merupakan benda wajib yang memang ada di setiap rumah, tipulah kalau ada yang kata tiada ais batu di rumah... Sambil-sambil online, tengok tv, ambil ja dua ketul ais dan sapu pada muka.. Selalunya saya buat sampai ais cair lebih kurang 10 minit la begitu.. Antara khasiat atau manfaat ais batu ini adalah: (sumber dari google)
1. Menyegarkan Kulit
brunettes_women_models__faces
Ais batu yang sejuk dan diurut pada wajah akan melancarkan peredaran darah di sekitar kulit wajah. Rawatan ini akan segera mencerahkan kulit yang kusam. Jika anda tidak mempunyai masa untuk memakai pelbagai barangan kosmetik, anda boleh menggunakan ais batu untuk memudahkan aplikasi mekap.
2. Rawatan Kulit Berjerawat
pimple-food
Letakkan ais pada jerawat anda untuk untuk mengurangkan keradangan. Lakukan rutin ini setiap hari untuk mendapatkan kulit cantik semulajadi dan untuk mempercepatkan penyembuhan jerawat.
3. Mengecilkan Liang (mengecilkan pori)
large-pores-diva-body-and-skin
Sebenarnya liang-liang tidak boleh mengecil, namun jika anda menggunakan ais batu secara rutin, rawatan ini akan membersihkan liang-liang yang terbuka dan membantu menutup pori-pori agar tidak jadi tempat kepada debu dan bakteria.
4. Mengurangkan Bengkak Di mata
under-eye-bags-2
Mata yang bengkak kerana kurang tidur atau kebanyakan nangis? Ambil ais batu dan tekan pada mata anda perlahan-lahan. Jika terlalu sejuk, anda boleh membungkus ais batu dengan kain tipis dan menuam mata beberapa saat.

0 comments:

Post a Comment

 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design