18 April 2016

🌸4 years and Still Counting 💑~~ 🌸

Tik tok, tik tok.. cepat betul masa berlalu.. tahun ni sudah masuk tahun 2016.. "oh sudah 4 tahun rupanyaa".. Sebenarnya memang kenal sebab sekelas masa di IPG .. Tapi masa tu masing2 dengan hati masing2.. Duuuuulllluuuulu, Ya rabbi, Tuhan ja tau.. Masa mula2 memang la keadaan dia macam kena landa badai, hujan, taufan, ribut.. apa kau ingat bahagia ka sentiasa?? No..No..No.. kalau bahagia sentiasa kau tak kan pernah rasa dan tahu erti kesedihan.. lagi pun masa kau dalam keadaan macam tu, didik kau jadi matang dalam perhubungan.. Dulu ya, saya suka memendam, apa yang tak kena, walau sakit hati, terpaksa tahan, itulah perempuan..complicated, memang complicated.. sebab apa? sebab perempuan tak nak gaduh, nak jaga hati dia pasangan dia konon, dan akhirnya merana sendiri sebab selalu makan hati.. betul tak gugurls2 sekalian??

Kalau saya, apa yang nda ngam/terasa/sakit hati memang saya akan cakap direct terus.. tipulah kalau tak gaduh, tapi talk slowly laa.. Kakak saya merangkap classmate, floormate, housemate, roomate selalu pesan, dalam hubungan ni ada naik turun dia, macam graf, tunggu masa 2 tahun, 4 tahun begitu.. ya la dia org lama mesti banyak pengalaman :P

Tapi memang betullah apa dia cakap.. tu terpulang pada diri masing2 macam mana kau handle 'kapal layar' kau di lautan yang bila2 masa ombak atau ribut akan datang.. sebenarnya ombak dan ribut tu ada kebaikan dia.. bila ombak dan ribut datang, mesti kau nak cari jalan macam mana nak selamatkan kapal layar kau kan? tak kan kau nak terjun terusss kot..boleh jugala terjun tu pun kalau kau reti berenang, kalau yang tak tahu berenang? haa.. nda ka free2 kau inalillah di laut.. 

Lain orang, lainlah pengalaman dia.. mau handle pun masing2 ada cara.. sekarang ni bila sudah berjauhan lagi banyak dugaan dia.. kena trust each other laa.. contact hari2 (nda la sampai 24jam) sekurang2nya sekejap ja pn jadila.. dia lg banyak komitmen, tak kanlah saya mau paksa juga kan? tu sendiri masing2  boleh faham :) Semoga Allah permudahkan urusan kami selepas ini....  Cakap yang baik2, doa yang baik2, In Shaa Allah nanti yang datang semua baik2 :)

0 comments:

Post a Comment

 

❤ EciL Diary ❤ Template by Ipietoon Cute Blog Design